Mengenai Kami



West Link Travel & Services Sdn Bhd (dulu dikenali sebagai West Link Resources Sdn. Bhd.) telah diperbadankan pada 10 Ogos 2000 di Malaysia sebagai sebuah syarikat Sendirian Berhad dibawah Akta Syarikat 1965. Dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh bumiputera warganegara Malaysia.

West Link Travel & Services Sdn Bhd diterajui oleh pengurusan yang berpengalaman luas dalam perniagaan terutama dalam perkhidmatan pengangkutan secara komersial. Bidang ini juga telah membuka peluang-peluang lain kepada West Link Travel & Services Sdn Bhd untuk berkembang dalam pelbagai bidang seperti pelancongan, pengurusan majlis dan pentas, pembersihan & pencucian bangunan, kawasan serta lanskap, katering, pembekalan dan lain-lain.

Bermula dengan kerjasama dengan beberapa syarikat seperti Kumpulan Empayan Holdings Sdn Bhd, West Link Travel & Services Sdn Bhd adalah syarikat yang berdaya maju selaku operator menjalankan perkhidmatan pengangkutan bas untuk pelajar-pelajar instusi pengajian tinggi, pekerja dan pelancong.

Perkhidmatan ini mendapat perhatian banyak pihak untuk memberi kepercayaan kepada West Link Travel & Services Sdn Bhd untuk terus mengembangkan perniagaannya dalam pelbagai bidang lain sebagai salah satu usaha diversifikasi perkhidmatan perniagaan.

Justeru, West Link Travel & Services Sdn Bhd mempunyai strategi masa depan yang terancang untuk merealisasikan wawasan syarikat agar terus berdaya saing dalam dunia perniagaan yang serba kompetitif.
Mengenai Kami Mengenai Kami Reviewed by West Link Travel & Services on 00:20:00 Rating: 5

Slider

...