Pakej Percutian
KUALA KANGSAR
Kuala Kangsar merupakan sebuah Bandar Diraja dan salah satu bandar bersejarah bagi negeri Perak Darul Ridzuan. Kuala Kangsar juga merupakan kawasan pelancongan yang mempunyai pelbagai produk-produk tempatan dan Industri Kecil dan Sederhana (PKS) yang menarik. Terletak kira-kira 48 kilometer ke utara dari Ipoh. Kuala Kangsar mendapat nama bersempena pokok kangsar yang tumbuh di tebing sungai dan juga terdapat versi mengatakan terdapatnya 99 anak sungai dan kurang 1 kepada seratus, iaitu melalui sebutan Kuala Kurang Sa. Terdapat beberapa kawasan pelancongan dan rekreasi di Kuala Kangsar seperti Istana Iskandariah, Masjid Diraja Ubudiah, Galeri Sultan Azlan Shah, Muzium Diraja Perak, Resort Sungkai Perak dan Sayong Resort, Sayong.
Kuala Kangsar
Reviewed by West Link Travel & Services
on
20:54:00
Rating: