Pakej Percutian
KUALA TERENGGANU
Kuala Terengganu ialah ibu negeri, bandar diraja, dan pusat ekonomi utama negeri Terengganu. Kuala Terengganu terletak sekitar 450 kilometer dari timur laut Kuala Lumpur, di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Bandaraya ini terletak di muara Sungai Terengganu, dan berhadapan dengan Laut China Selatan. Yang berkunjung ke Kuala Terengganu biasanya pasti akan mendapatkan sepasang dua kain songket di Pasar Payang atau Bazaar Warisan untuk dibawa pulang. Corak atau ragam hias songket adalah seperti tapak manggis, pucuk rebung, Selak berantai, lawi ayam dan banyak lagi terutamanya yang bermotifkan flora dan fauna.
Kuala Terengganu
Reviewed by West Link Travel & Services
on
21:03:00
Rating: